JOHANNESBURG
– Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar
dalam kereta kecil miliknya.Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan
enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya
tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.
Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam
kejadian di Afrika Selatan itu. Jurugambar, Nico van Heerden merakam
imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.
Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan
ke sebuah restoran burger tempatan. Polis menahan guru itu kira-kira
setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan
daripada orang awam.
Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500.
0 comments:
Post a Comment