Tiada siapa menyangka bahawa yang duit syiling Malaysia sebenarnya
mahal. Sering kali kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan
duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya boleh mencecah hingga ribuan
ringgit.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling
mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual
dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah
guna dan tidak sedar akan nilainya.
Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh
Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali
sebagai Numismatic Society Asia (NSA).
Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.
5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti
(Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari
Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong
RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan
numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.
Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling
50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled
Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253
Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah
terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu
acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel
Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic
Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.
Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut
memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia
Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan
Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.
3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942
Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction
Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen
1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942
(termasuk premium pembeli).
Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500
(tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling
50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation
(NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu
Wong Hon Sum.
2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769
Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB
yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA)
yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada
harga RM46,769 termasuk premium pembeli.
Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel
yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat
daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel
yang melekat pada magnet.
1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti
(Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari
Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong
RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan
numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65
adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled
Edge 1969.
Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge
yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling
ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969
Milled Edge sold RM81,846
0 comments:
Post a Comment