Saturday, March 14, 2015

Filled Under:

ROMIE BUKTIKAN CINTANYA IKHLAS BUAT HANEZ SURAYA

Setelah ditimpa pelbagai kontroversi dan gosip, Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha telah selamat diijabkabulkan semalam. Buat Romie perkahwinan mereka adalah lambang bahawa beliau sangat mencintai Hanez dan ingin membimbing isterinya itu ke arah yang lebih baik selepas ini.



Selepas apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini.Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini.
Romie yang merupakan duda beranak dua merasa terharu dengan Hanez yang mampu untuk menerima anak-anaknya dengan baik kerana tidak semua wanita saggup memikul tanggungjawab yang agak besar.
Baharu sahaja kahwin, Hanez sudah ada dua anak dan bukan semua wanita sanggup untuk terima tanggungjawab itu. Tetapi dia cekal dan kuat untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dlalui sebelum ini dan doa saya jodoh kami akan berkekalan selama-lamanya.
Hanez Suraya telah sah menjadi isteri Romie pada jam 11.25 pagi Sabtu di Masjid Putra,Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Aktres tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.



Selamat peengantin baru buat pasangan ini.




0 comments:

Post a Comment