Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, memang mudah untuk kita meluahkan pendapat masing-masing. Perangai pun macam-macam. Memang susah menjadi selebriti di zaman serba moden ini. Cuma nasihat saya, sebelum tekan butang ‘send’ untuk komen tue, fikirlah 2,3 kali kalau kena kat batang hidung sendiri. Kata Awal Ashaari:-
Kalau nak cakap bab emosi. Saya yakin semua bapa mempunyai emosi untuk anak mereka. Macam baru-baru ini ketika mengacarakan Melodi, saya sendiri melihat klip rakaman penyanyi Black yang mengamuk apabila anak dia dikatakan menyerupai sesuatu seperti makhluk lain.
Orang sekarang ibaratnya bercakap tanpa berfikir panjang… tak rasional. Tak adil untuk orang sebegini nak bercakap mempersoalkan kejadian dan rupa bentuk ciptaan Tuhan. Bagaimana buruk atau tak cantik pun manusia itu, pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya.
Saranan saya jika sesuatu perkara atau komen itu tidak mendatang kebaikan, lebih baik simpan sahaja dalam hati. Saya bukan tak nak dengar atau baca komen sebegitu. Tapi cuma tak mahu ada unsur negatif yang mengganggu gugat.Saya sokong kata-kata Awal Ashaari bab ‘pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya’. Memang di mata seorang ayah dan ibu, anak sendiri adalah sempurna, paling comel dan tidak dapat ditandingi. Tak kiralah hidung kemek ke, mata sepet ke, telinga besar ke. Tak ada orang boleh menandingi anak sendiri. Kalau korang seorang ibu bapa, mesti korang faham perasaan ini. Tambah Awal lagi:-
Ya saya memang lantang apabila orang kacau mereka yang saya sayang. Nak cakap atau mengutuk fasal diri ini, saya tak kisah. Tapi jangan cakap fasal keluarga, isteri dan anak saya. Kita yang membesarkan anak. Pahit getir hanya kita yang rasa.
Jadi untuk orang luar bercakap itu dan ini. Jangan tahu cakap banyak sahaja kerana bukan mereka ada di tempat kita. Tapi lumrahlah sesetengah manusia ini.
0 comments:
Post a Comment