Saturday, March 28, 2015

Filled Under:

SCHA TERIMA TEGURAN PEMINAT TETAPI JANGAN BIADAP


Jika sebelum ini Awal Ashaari bersuara lantang apabila fizikal anaknya ditegur peminat, berbeza pula bagi Scha Al Yahya yang sangat tenang menghadapi perkara tersebut namun dalam masa yang sama menjelaskan ada garis antara mahu menasihati dan kecenderungan menjadi biadap.
“Sebagai artis, saya kena pandai menerima apa saja kritikan mahupun nasihat. Saya tak boleh larut atau alpa dengan semua ini. Kena cepat sedar. Cuma saya berasakan hal ini tak patut terjadi kerana ia membabitkan seorang bayi. Lara tak tahu apa”
“Bagi saya, cukuplah dia sihat dan cukup sifat. Itu sudah memadai dan saya memanjat kesyukuran,” katanya sambil menjelaskan sekalipun dia dan suaminya bergelar figura awam atau dikatakan menjadi hak masyarakat, itu tidak bererti orang ramai bebas untuk berkata apa saja mengenai kehidupan mereka.
“Kalau Awal, tahulah dia memang sangat lantang. Kalau dia geram atau marah memang dia akan lepaskan perasaan yang bertandang itu terutama perkara yang disentuh itu berkait rapat dengan orang yang dia sayangi”
“Saya tak salahkan dia dalam hal sebegitu. Dia amat melindungi insan yang disayanginya seperti saya dan anak kami. Saya tak rasa benda itu salah. Manusia biasa pastinya kita akan terasa apabila dicuit orang lain,” kata Scha menjelaskan situasinya dengan tenang




0 comments:

Post a Comment