Saturday, March 28, 2015

Filled Under:

YATT HAMZAH AKUI INSAF, DAN KINI BAHAGIA DISAMPING SUAMI DAN ANAK

 



Pada awal Mac lalu, pelakon Yatt Hamzah memohon mahkamah untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal Februari lalu dan di atas berkat doa semua peminat, Yatt dan suaminya kini lebih bahagia.
“Sekarang saya sangat gembira dengan suami dan anak saya. Doakan yang terbaik untuk saya, suami dan anak saya. Semuanya dah selesai. Saya selalu doakan yang terbaik untuk kami. Semua orang buat silap, mungkin masa tu saya rasa keliru. Tiada siapa terlepas dari buat silap,” ujarnya Yatt Hamzah yang ditemui selepas majlis pelancaran butik Rumoda di Bangsar, semalam.
Yatt memberitahu, misi kemanusiaan ke Syria, banyak mengajar dirinya dan juga suami mengenai masalah besar umat Islam disana, jika dibandingkan dengan masalahnya.
“Saya masa tu ada masalah, biasa la kita manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan dan bila kita ada masalah, kita akan melenting. Tapi bila saya pergi sana, kecil sangat masalah saya jika hendak dibandingkan dengan masalah mereka disana, dimana mereka berjuang untuk agama kita.

“Saya insaf dan munasabah diri bila disana, saya bertekad Insya-Allah untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya mahu jadi isteri terbaik untuk suami saya, ibu yang baik untuk anak saya. Insya-Allah dalam masa akan datang akan tambah lagi ahli keluarga.”
Mengenai perkembangan terbarunya, Yatt masih lagi meneruskan kerja seperti biasa dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang ini.
“Alhamdulillah saya meneruskan kerja-kerja seperti biasa. Cuma bila balik dari Syria tanggungjawab lebih besar sebab saya dan suami sudah melihat dengan mata sendiri kepayahan dan penderitaan yang ditanggung oleh mereka disana, jauh berbeza dengan apa yang kita hadapi di sini,”katanya













0 comments:

Post a Comment