Tuesday, June 23, 2015

Filled Under:

Gambar Paling Cute Untuk Ramadan Tahun Ini !!


budak solat terawih dengan mainan ultraman ini membuat ramai geli hati dan rata-rata setuju bahawa gambar ini adalah gambar yang paling cute untuk Ramadan tahun ini.

Gambar seorang kanak-kanak yang berterawih sambil membawa bersama patung ‘Ultraman’-nya ini dikongsikan oleh ramai pengguna laman sosial.

Gambar berkenaan yang memaparkan Ultraman berada dalam kedudukan sedang bertakbir menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang geli hati dengan telatah comel kanak-kanak itu.



“Asalkan dia nak solat kalau ada Ultraman di sebelah dia, ok, biarkan sahaja,” tulis pengguna Facebook Ikram Akmal.

“Sambil adik ni terawih, sambil dia tgk Ultraman dia tu masih ada ke tidak di sebelahnya bimbang dicuri orang,” tulis Zul Ikhtiar.

Malah ada yang berkongsi pengaman yang sama dengan peristiwa yang pernah dialami mereka.

“Anak saya pun minat sangat dengan Ultraman, tapi dia mahu yang ada bunyi.. semalam ketika semua jemaah sedang khusyuk berterawih, tiba-tiba Ultraman dia berbunyi.. sampai tergelak-gelak makcik sebelah saya ketawa, hasilnya terawih perlu dimulakan kembali,” tulis Siti Aishah Hanifah.

Gambar berkenaan telah diberikan jolokan “gambar paling cute bulan Ramadan” oleh pengguna media sosial.




0 comments:

Post a Comment