KOTA TINGGI : Seorang isteri yang hamil 4 bulan terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya yang dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.
Mangsa kemalangan Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian yang berlaku di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.
Menurut sumber, kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir. Manakala pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut isteri pertama mangsa Farah Fadila Faizal, 27 yang 2 tahun mendirikan rumahtangga, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.
“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.
"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.
“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.
Sumber Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment