PASANGAN D HUKUM BERENDAM DALAM AIR KERANA TERKANTOI | Akibat tidak
makan ‘saman’ dengan teguran oleh penduduk-penduduk kampung, sepasang
kekasih ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung Gampong Crung Padang
Tiji, Indonesia ketika asyik memadu asmara di dalam sebuah rumah.
Amir Mukhtar,26, dan kekasihnya Ernawati, 22, ditangkap dalam keadaan
separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua dibawa berjumpa
dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut.
Orang-orang kampung mendakwa pasangan itu kerap dilihat mengunjungi
sebuah rumah di kampung berkenaan dan menyangka mereka adalah pasangan
suami isteri yang sah.
Setelah mengetahui yang Amir dan Ernawati bukanlah pasangan suami
isteri, orang-orang kampung telah mengambil langkah untuk menasihati
akan tindakan bukan muhrim yang mereka lakukan tetapi langsung tidak
diendahkan.
‘Kegiatan’ zina antara Amir dan Ernawati telah diintip oleh orang
kampung ketika mereka asyik bercumbu di dalam sebuah bilik di rumah
terbabit dan terus ditangkap menyebabkan mereka berdua tidak sempat
untuk memakai pakaian mereka semula.
Kerana geram dan marah nama kampung mereka terjejas, Amir dan Ernawati
telah dihukum rendam dalam air di atas perbuatan berdosa mereka.
Ibu bapa masing-masing juga dipanggil untuk melihat sendiri perlakuan tidak bermoral anak-anak mereka.
Difahamkan, pasangan itu baru sahaja berkenalan dan perkenalan itu baru mencecah usia setahun.
0 comments:
Post a Comment