Monday, August 24, 2015

Filled Under:

JANGAN TANYA PASAL HIDUP SAYA - LUAHAN SAYU IDA NERINA



Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya satu ketika dahulu? Apakah yang berlaku kepada beliau selepas bercerai dengan Sharin Blackrose dan di manakah beliau kini?

Semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Ida yang kini berkerusi roda bakal menjadi juri program Liga Lawak Superstar (LLS) yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 bermula Ahad ini. Turut bergandingan bersamanya ialah Vanida Imran dan Adlin Aman Ramlie.

Bagaimanapun, memandangkan ketidakupayaan Ida bergerak, pihak produksi akan membantu pelakon itu daripada segi pergerakannya.

"Kita tahu, Ida sudah lama tidak melibatkan diri dalam televisyen dan rasanya pasti ramai peminat merindui dia.

"Alhamdulillah, pada mulanya Ida seperti berfikir panjang untuk menerima tawaran ini tetapi akhirnya dia bersetuju untuk beri kerjasama," kata Afdlin Shauki selaku pengarah dan penerbitnya pada media di majlis pelancaran program LLS di Hotel Empire, Subang jaya, Selangor semalam.

Seperti mana yang ditulis dalam akaun Twitter baru-baru ini, Ida awal-awal lagi memohon maaf kepada pengikut dan peminat seandainya ada soalan yang tidak mahu dijawab.

"Minta maaf semua. Rasanya tidak perlulah anda bertanyakan tentang kehidupan saya sekarang, mengapa lama menyepi dan sebagainya.

"Percayalah, saya tidak akan membalasnya. Kalau mana-mana pihak yang mahu tahu tentang perkembangan terbaru, layari sahaja Facebook dan Twitter. Di sana, saya akan memberitahu segala-galanya. Terima kasih dan sayang semuanya," kata Ida ringkas.




0 comments:

Post a Comment