Monday, August 24, 2015

Filled Under:

PUNCA SEBENAR PEMANDU WANITA INI LANGGAR WARGA EMAS DI STESEN MINYAK KLUANG AKHIRNYA TERJAWAB!!




Kluang:- Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius apabila dilanggar dan digilis sebuah kereta kancil semasa sedang mengisi petrol di stesen minyak di Jalan Besar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham mengesahkan insiden berlaku kira-kira jam 12 tengahari Ahad.

Mangsa Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.

Siasatan awal polis mendapati insiden ini berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.

Mohamad Nasir patah di bahagian pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapat rawatan.

Insiden ini telah dirakam dalam kamera litar tertutup stesen tersebut dan menjadi viral di laman media sosial.




0 comments:

Post a Comment