Walaubagaimanapun, Puteri Sarah menafikan perkara tersebut dan memberitahu rumah tangga mereka masih lagi bahagia serta sangat mencintai antara satu sama lain. ( Wah, berbunga pulak kami baca statement Puteri Sarah ni).
Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, kami sangat mencintai antara satu sama lain. Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak.
Baru sahaja membuka sebuah butik dengan nama Shara di Bangsar, ia merupakan lambang kebahagian Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama kini.
Butik ini adalah lambang kebahagiaan kami kerana kami menguruskannya bersama. Jika sebelum ini suami banyak menghabiskan masa di studio, kini dia sentiasa di depan mata kerana Syamsul membuat proses suntingan filem terbaharunya di rumah.
0 comments:
Post a Comment