Kejam! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk pengasuh taska yang didakwa mendera hampir tujuh kanak-kanak. Kejadian ini dikatakan berlaku di taska di Malaysia dan butir-butir kediaman taska tersebut tidak diberitahu.
JOHOR BAHRU - Akibat marah terhadap majikan sendiri, dua pengasuh sebuah
pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam apabila
mereka menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Lebih malang lagi, dua pengasuh terbabit turut merakam video tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik bakal berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

"Sebelum ini, mereka sering mengambil cuti dengan alasan anak sakit dan sebagai majikan yang juga ibu, saya faham dengan masalah mereka.
"Bagaimanapun, saya memerlukan kakitangan yang komited dan sebab itu saya berpendapat lebih baik mereka berhenti kerja serta menjaga anak masing-masing.
"Namun, saya tidak menyangka mereka tergamak bertindak keterlaluan sehingga menjadi sedemikian rupa," katanya.

0 comments:
Post a Comment