SEORANG ibu melahirkan rasa kecewanya selepas menerima beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah daripada individu tidak dikenali cuba mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapinya.
Ia susulan artikel disiarkan oleh sebuah akhbar Harian Metro semalam, mengenai pemintaan Nor Hasmilia Abu Seman, 25 untuk mengurangkan bebanan ditanggung untuk merawat anaknya yang menghidapi penyakit kronik.
Justeru beliau yang memohon sumbangan masyarakat sudah pasti terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk memudahkan perhubungan dengan orang luar yang ingin membantu.
Tetapi ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nombor telefon berkenaan dengan menyatakan ingin membantu tetapi perlukan ‘balasan’ yang tidak munasabah.
Berikut adalah SMS yang diterimanya.
0 comments:
Post a Comment