Seorang wanita dari Ohio, Amerika melahirkan bayi perempuan kembar pada
hari Jumaat. Namun apa yang menarik ialah ketika dilahirkan, kedua-dua
bayi tersebut berpegang tangan antara satu sama lain.
Ini merupakan satu peristiwa yang amat jarang berlaku dimana bayi
tersebut turut berkongsi kantung amnion dan plasenta yang
sama. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau ” mono mono ”
dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap
10,000 kehamilan
Ibu kepada bayi yang diberi nama Jenna dan Jillian, Sarah
Thistlethwaite berkata kelahiran ini amat istimewa kerana mereka
dilahrikan pada Hari Ibu.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, ” katanya.
“Mereka sudah menjadi sahabat,” Sarah memberitahu kepada media. “Saya
tidak boleh percaya mereka memegang tangan. Itulah yang menakjubkan
0 comments:
Post a Comment