Alhamdulillah. Murah rezeki Nabil Ahmad apabila mendapat peluang menunaikan haji tahun ini. Untuk makluman, Nabil baru-baru ini telah pun selamat mengerjakan umrah.
Jemputan menjadi tetamu Allah ini adalah satu rezeki yang tidak diduga
dan Nabil bakal berlepas ke untuk mengerjakan rukun Islam ke 5 pada 19
September ini. Tahniah dan pastinya Nabil bersyukur dapat mengerjakan
ibadah haji pada usia semuda ini.
Syukur Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu saya ucap pada nikmat yang Allah kurniakan. Mendapat jemputan pada usia masih muda, bukanlah satu benda yang boleh diperoleh begitu sahaja. Saya teruja, tidak sabar dan sangat gembira kerana dimakbulkan doa sewaktu mengerjakan umrah agar dijemput lagi ke Tanah Suci.
Saya dihubungi oleh seorang rakan yang bertanggungjawab membawa saya mengerjakan umrah pada bulan puasa lalu kira-kira sebulan lepas. Dia juga yang pernah berpesan ketika kami berada di Mekah agar sentiasa berdoa untuk Allah jemput lagi untuk ibadah haji pula. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.
Tambah istimewa, saya dan 21 jemaah yang turut sama dalam rombongan persendirian ini bakal mengerjakan Haji Ifrad. Maksudnya, saya akan terus niat mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram sehingga 24 September iaitu pada Hari Raya Korban.
0 comments:
Post a Comment