Baru-baru ini, heboh satu industri hiburan kpop tentang video seks yang dikaitkan dengan nama penyanyi rap Kang Gary. Tak mahu masalah ini berlanjutan, agensi Gary menafikan sekeras-kerasnya bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Gary.
Dalam perkembangan terbaru, seorang lelaki yang merupakan suami kepada wanita dalam video seks "Gary" sudahpun tampil membuat penjelasan dalam wawancara dengan Seoul Shinmun. Dia sendiri tampil memberitahu bahawa lelaki dalam video seks tersebut bukan Gary.
"Orang yang paling dimalukan kerana video itu adalah isteri saya," kata lelaki tersebut.
Tambah lelaki tersebut, isteri dan anggota keluarga akan melalui waktu yang sukar kerana kebocoran video itu.
"Ini baru tiga bulan sejak hari pernikahan kami, tetapi sesuatu seperti ini terjadi sehingga kami berfikir untuk bercerai," katanya.
"Tapi saya memutuskan untuk tinggal bersama isteri saya kerana fikirannya mungkin menyimpang ke arah yang salah."
Keputusan untuk tetap menerima dan berada di sisi isterinya itu membuat penonton berasa takjub. Ramai yang memuji lelaki ini kerana masih boleh menerima kembali isterinya walaupun sudah berlaku curang malah video seks dengan lelaki lain juga tersebar luas.
Katakanlah anda berada ditempat lelaki tersebut, anda rasa anda nak terimakah isteri anda yang sudah terlanjur dengan lelaki lain dan videonya pula sudah tersebar luas???
0 comments:
Post a Comment