Sejak kebelakangan ini, Tasha Shila dan kontroversi berpisah tiada. Baru-baru ini dia dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu bertemu Jay Park. Kemudian, dia dikatakan ‘menyerang’ bekas teman lelakinya Hans Wong di sebuah kelab malam sehingga ahli Muay Thai itu membuat laporan polis.
Semalam, di akaun Instagram miliknya, Tasha telah memuat naik pula
gambar dia menggayakan sehelai gaun yang menunjukkan hampir keseluruhan
perut dengan kain terbelah peha. Dia menggayakan gaun itu dalam majlis
pelancaran majalah fesyen dari Paris, L’officiel Malaysia di Pavilion,
Bukit Bintang.
Bagaimanapun, Tasha telah memadam gambar tersebut setelah dia mula mendapat kritikan pengikut laman sosialnya.
Well, tidak dinafikan Tasha nampak cantik dalam pakaian rona
emas tersebut, cuma ia kurang sesuai dengan agama dan budaya masyarakat
Melayu Islam Malaysia.
Tambahan pula, kontroversinya yang lepas juga masih belum reda, kini tercipta satu lagi kontroversi.
0 comments:
Post a Comment