Bukan tanak support orang berniaga… Tapi kalau dah berniaga kat tempat yang tidak sepatutnya memang sah-sah la kena angkut dengan Majlis Pembandaran. Memang akan diambil tindakan lah oleh penguatkuasa ye dok.
Ini bukan soal nak menjatuhkan peniaga-peniaga melayu yang bekerja secara kecil-kecilan, tapi kalau dah berniaga secara haram macam ni memang kena la. Ini la antara risiko orang yang berniaga tanpa lesen, kalau kena angkut atau penguatkuasa suruh kemas kena kemas la. Jangan memberontak macam kat dalam video ni pulak yer.
Ini bukan suami isteri je yang memberontak dan mengganas selepas pihak berkuasa suruh kemas barang, tapi sekali dengan anak kecil pun dah pandai nak menjerit kononnya protes. Untung la penguatkuasa tak sita barang, kalau tidak lagi meroyan Gomez rasa. Kat mana kejadian ni berlaku Gomez tak pasti, tapi dorang ni berniaga di hadapan sekolah.
Si perempuan tu siap baling barang lagi dekat orang awam yang tengah rakam video ni, eshhhh ganas betul! Walaupun penguatkuasa takde sentuh dorang tapi dorang ni beraksi macam dengan penguatkuasa ni teruk sangat nak sabotaj peniaga melayu.
Ramai yang pertikaikan video ni, kononnya penguatkuasa memang suka kacau peniaga melayu yang berniaga kecil-kecilan dapat untung tak seberapa. Tapi kalau kaum lain niaga takde pulak buat macam ni.cehhhhh Gomez rasa semua sama ja tak kira kaum, kalau niaga tempat yang dilarang berniaga memang kena la
0 comments:
Post a Comment