Friday, September 11, 2015

Filled Under:

WANITA MAUT DI BAHAM BUAYA KETIKA TANGKAP IKAN

Wanita Maut Di Baham Buaya Ketika Tangkap Ikan | Seorang wanita maut selepas beliau dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan di Sungai Krian, Saratok petang semalam.


 gambar hiasan
 
 Mangsa, Bera Aun, 46 dari Rumah Panjang Minggu dipercayai hilang kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Lee Thai Lien yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.04 petang dan memaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dan Jabatan Pertahanan Awam bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat berserta penduduk kampung di lokasi satu kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira 7 malam.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Saratok. - BERNAMA




0 comments:

Post a Comment