Mungkin anda tidak jangka, tetapi harga not biru RM 1 di dalam dompet anda mungkin bernilai RM1,000 di Malaysia.
Sejarah RM 1 Aisyah
Menurut penulisan dari blog Galeri Sha Banknote, blog penggemar wang unik, duit RM 1 Aisyah ini diedarkan ketika masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.
![](https://i.imgur.com/LeqqhME.jpg)
Kesilapan
edaran ini hanya berlaku di cawangan Bank Negara Pulau Pinang sahaja
kerana cawangan-cawangan lain sempat menerima arahan pembatalan
pengedarannya. Kesemua duit RM 1 yang bertandatangan Aisyah atau Tan Sri
Ali Abul Hassan telah ditarik balik dan dimusnahkan.
Blog itu juga turut memberitahu hanya 50,000 keping sahaja RM 1 Aisyah sempat diedarkan berdasarkan pengiraan yang tertentu.
RM 1 Aisyah Lama
![Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000, Sila Cek Sekarang!](https://i.imgur.com/mrIYDny.jpg)
Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000, Sila Cek Sekarang!
Mungkin
anda mempunyai not RM 1 lama dengan tandatangan Aisyah (seperti gambar
diatas). Menurut apa yang difahamkan, nilai RM 1 ini juga mempunyai
nilainya yang tersendiri tetapi ia tidak dianggap ‘rare’ kerana ia bukan
dicetak hasil dari kesilapan.
Bagaimana Nak Jual
Jika anda mempunyai RM 1
Aisyah ini mungkin anda boleh menjualnya di mudah.my atau mencari
sendiri pengumpul wang yang mungkin berminat. Anda juga mungkin boleh
menganggotai mana-mana group pengumpul wang di Facebook.
Di
mudah.my, not RM1 Aisyah yang baharu paling murah dijual pada harga RM
2, 750 manakal yang paling mahal dijual pada harga RM 4,500.
![](https://i.imgur.com/qKxsKWA.png)
![](https://i.imgur.com/Y9MoJEm.png)
Mungkin
pada kita RM 1 Aisyah ini hanyalah bernilai RM 1, namun bagi pengumpul
wang, ia sangat bernilai dan mempunyai nilai ‘sentimental value’ yang
tinggi.
Jika anda
masih lagi mempunyai RM 1 Aisyah ini di dalam dompet, anda boleh anggap
diri anda bertuah! Namun pastikan ia dalam kondisi yang tip top atau
harganya akan susut. Selamat menjual.
woowwooo untunglah bagi msh menyimpannya
ReplyDelete