Seorang penggali kubur di Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah terkejut setelah menemui mayat yang masih dalam berkeadaan elok walaupun jasadnya telah 6 tahun dikebumikan.
Mayat bertuah tersebut turut ditemui dlam keadaan kain kapan tidak reput bersama dengan serban yang dipakainya.
Gambar di laman sosial
Perkara ini turut disahkan oleh Encik Khair bin Hassan yang merupakan anggota JKK Kubur Kampung tersebut.
Beliau mengesahkan kejadian tersebut terjadi dua hari yang lalu oleh beberapa anak muda yang sedang bekerja sebagai penggali kubur yang ingin menggali kubur baru setelah terdapat kematian.
Namun begitu En. Khair tidak pasti siapa sebenar arwah yang telah ditemui mayatnya dalam keadaan masih elok itu kerana pastinya arwah adalah seorang bukan calang-calang orang sehingga dia diberikan kelebihan oleh Allah SWT.
Sama-sama kita doakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan semoga kejadian ini akan dijadikan pengajaran kepada kita semua yang masih hidup. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment