Mak aih. Semakin parah nampaknya pergaduhan antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Selepas Rita memaklumkan yang Aidil belum lagi membuat bayaran mutaah bernilai RM30,000 yang dimenanginya di mahkamah, Aidil telah tampil mempertahankan dirinya. Menurut Aidil, mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh
dan dirinya berhak untuk membayar secara ansuran. Tidak puas hati
dengan kenyataan Aidil, Rita Rudaini tampil membalas kenyataan tersebut
dengan begitu pedas sekali.
Rita Rudaini bukan sahaja memulangkan paku yang keras, tetapi turut
membongkar perbuatan tidak bertanggungjawab Aidil yang tidak pernah
membelikannya apa-apa sepanjang perkahwinan mereka. Menurut Rita, baju
dalam untuknya pun Aidil tak pernah belikan. Malah Rita juga mendakwa
Aidil sering menipu dan menganiaya orang. Tulis Rita panjang lebar:-
Agak memalukan apabila semua perkara luar dalam dalam rumah tangga
Rita dan Aidil kini diketahui ramai. Namun kami tak salahkan Rita.
Iyerlah kalau kita letak diri kita di tempat Rita, confirm stress. Dah
menang kes tapi duit tak dapat-dapat. Semoga Aidil dapat segera
melangsaikan segala pembayaran untuk mengelakkan perkara ini jadi lebih
melarat.
0 comments:
Post a Comment