Fuh!!! Lega. terkejut sangat-sangat apabila berita penahanan Amir Ukays kerana memiliki sepucuk pistol tersebar. Macam-macam persoalan bermain di minda apabila membaca berita tersebut. Kenapa Amir Ukays ada pistol? Ada orang ugut Amir Ukays ke sampai perlukan pistol? Pelbagai perkara negatif terus menyelubungi minda ini. Nasib baiklah semua persoalan itu terjawab dalam masa tak sampai 24 jam.
Rupa-rupanya pistol berwarna hitam yang tertera tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520 itu merupakan sepucuk pistol mainan yang dihadiahkan oleh seorang peminat kira-kira 8 bulan yang lalu. Kata Amir Ukays:-
Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam). Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.
Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.
Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza 2. Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan.

0 comments:
Post a Comment