Friday, October 2, 2015

Filled Under:

SIAPAKAH SEBENARNYA AHMED MOHAMED 14 TAHUN YANG VIRAL KINI SEHINGGAKAN PEMIMIPIN-PEMIMPIN DUNIA INGIN BERJUMPA DENGANNYA

Ahmed Mohamed, seorang pelajar berumur 14 tahun di MacArthur High School, Irving, Texas, telah ditahan atas dakwaan membawa “bom” buatan sendiri yang disalah sangka oleh guru beliau. “Bom” tersebut sebenarnya adalah jam buatan sendiri.

Ahmed Mohamed, Pelajar Muslim yang Kini Popular di Seluruh Dunia

Ekoran daripada penahanan itu, Ahmed telah menjadi perhatian global. Malah turut menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Obama melalui twitter beliau memuji kemahiran yang dimiliki Ahmed dan menjemput pelajar itu ke White House untuk menunjukkan hasil ciptaannya.

Obama Menjemput Ahmed Mohamed Ke White House
Sejurus selepas jemputan daripada White House ini, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, turut menjemput Ahmed untuk melawat pejabat Facebook.

Mark Zuckerberg Menjemput Ahmed Mohamed Ke HQ Facebook
Gambar remaja itu yang ditahan dengan tangan bergari dan memakai baju dengan logo Nasa telah di retweet beribu kali. Dalam masa beberapa jam sahaja, hashtag “#IStandWithAhmed” menjadi top trend hashtag di twitter.

Turut meluahkan sokongan ialah, Hillary Clinton. Melalui twitter, beliau menegaskan bahawa andaian dan ketakutan tidak membuatkan kita selamat, malah membawa kita ke belakang.

Obama Menjemput Ahmed Mohamed Ke White House
Hobi saya adalah mencipta barang

I made a clock. It was really easy. I wanted to show something small at first… they took it wrong so I was arrested for a hoax bomb

Jawapan daripada Ahmed, semasa ditemuramah oleh The Dallas Morning News. Video temuramah beliau dimuat naik di laman web akhbar tersebut dengan berlatar belakangkan bilik yang dipenuhi barang-barang elektronik.




0 comments:

Post a Comment