Penemuan pelbagai bangkai haiwan aneh di seluruh dunia menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kewujudan haiwan misteri.
Bentuk kepala makhluk ganjil yang ditemui
di Pantai Pukehina, Teluk Penty, New Zealand.
Antara yang mencuri tumpuan termasuklah bangkai haiwan yang digelar
sebagai raksasa laut yang mempunyai gigi besar yang ditemui di sebuah
pantai di New Zealand baru-baru ini.
Seorang wanita, Elizabeth Ann telah merakamkan video penemuan bangkai
itu di Pantai Pukehina, Teluk Plenty, New Zealand dengan sebahagian
tubuh haiwan itu telah hilang.
“Adakah sesiapa yang boleh memastikan apakah makhluk ini? Ia memiliki
kepala yang besar serta gigi kacip yang panjang. Badannya mungkin
sepanjang sembilan meter. Tetapi, sebahagian tubuhnya sudah terputus,”
kata Ann.
Wanita itu berkata, makhluk tersebut mungkin telah diserang haiwan lain sebelum ia mati.
“Makhluk besar itu terdampar selepas ribut kuat. Penduduk sekitar juga
tidak tahu tentang makhluk pelik itu dan ia menimbulkan pertanyaan
(kemunculan bangkai makhluk itu) dalam kalangan mereka,” katanya.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa ia mungkin bangkai buaya air masin, ikan lumba-lumba, belut laut gergasi atau dinosaur.
Bagaimanapun seorang pakar haiwan mamalia, Anton van Helden menolak
kesemua andaian itu dengan menyatakan bahawa ia hampir menyamai bentuk
ikan paus pembunuh yang kerap ditemui di Fiji dan Teluk Plenty.
Gambar-gambar bangkai itu turut dihantar ke Jabatan Konservasi dan
Akuarium Hidupan Laut Kelly Tarlton’s di Auckland, New Zealand untuk
dikenal pasti spesiesnya.
Seterusnya, beberapa keping foto makhluk menyerupai ikan paus yang
dijumpai oleh anggota-anggota tentera laut Iran di Teluk Parsi turut
menimbulkan persoalan orang ramai.
Berdasarkan gambar yang dilihat itu, seorang pengguna internet yang
mengaku bahawa dia merupakan pakar biologi menjelaskan bahawa begitu
sukar untuk mengenal pasti jenis makhluk tersebut.
Menurut pengarah di Institut Sains Marin, Universiti California, Amerika
Syarikat, Dr. Gary Griggs, haiwan itu diandaikan sebagai ikan paus.
“Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya tentang ikan paus dan
tulangnya, ia merupakan ikan paus. Bagaimanapun dengan keadaan tubuhnya
yang semakin mereput itu, sukar juga untuk mengesahkan bahawa ia adalah
haiwan berkenaan,” kata Gary.
Dalam pada itu, seekor haiwan misteri yang hodoh dan sering menyerang
lembu penternak telah berjaya dibunuh oleh penternak di Belarus
baru-baru ini.
Haiwan itu dikatakan menyamai gambaran tentang makhluk legenda di
Amerika Latin, chupacabra yang menghisap darah haiwan ternakan.
Chupacabara menghisap darah selepas ia menggigit kaki haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.
Penemuan haiwan ganjil itu dikatakan boleh menjadi kunci untuk
menyelesaikan misteri seekor haiwan yang ditemui oleh seorang petani
Ukraine pada tahun lalu.
Haiwan yang ditemui itu dikatakan mutasi musang yang berlaku akibat
keracunan radiasi selain teori lain menyatakan bahawa ia adalah haiwan
hibrid yang menjadi bahan ujian kimia dan biologi yang dilakukan di
sebuah kilang pembangunan senjata milik bekas Kesatuan Soviet.
Ahli-ahli biologi pernah mendedahkan bahawa ia merupakan anjing rakun yang dibiakkan di sebuah kilang Soviet pada tahun 1939.
Haiwan itu dikatakan telah dilepaskan ke hutan ketika Perang Dunia Kedua bermula.
0 comments:
Post a Comment