Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan
televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang
pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di
Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video
tersebut.

Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk
menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki
duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang
lagi lelaki yang sedang duduk.
Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian
kemalangan ngeri yang menimpa salah seorang tetamu ketika dalam
perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian. Walau
bagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya.
Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video
ini diulang tayang.
Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang
berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motosikal ke parti
tersebut. Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat
kejadian.
0 comments:
Post a Comment