SETIAP kesalahan yang manusia telah buat sama ada kecil atau
besar ia haruslah dihukum. Antara hukuman terberat dijatuhkan pada
pesalah adalah "GANTUNG SAMPAI MATI" membuatkan orang takut akan
hukuman ini. Disini ada satu cebisan atau kisah seram yang terjadi pada
tukang gantung si pesalah di salah sebuah Jabatan Penjara yang terletak
di malaysia.Jom sama-sama kita baca.
AL-KISAH BERMULA....
Tadi aku membaca mengenai cadangan Malaysia untuk meminda hukuman mati
melibatkan kesalahan mengedar dadah. Ada baik dan ada juga tak baik
hukuman mati ni. Tapi kalau tanya pendapat aku secara personal, yang
patut dipinda dulu adalah hukuman sebat. Hukuman sebat bagi aku
merupakan hukuman yang zalim dan kejam. Dalam Islam tidak ada hukuman
sebat hingga menyebabkan pelakunya menderita sebegitu teruk seperti mana
yang aku saksikan di penjara tak lama dulu.
Dalam Islam sebagai contoh, hukuman sebat lebih kepada mendidik, si
tukang sebat tak boleh angkat tangan atas melebihi kepala, Tetapi
hukuman sebat di penjara kita Nauzubillah. Dahlah pesalah dipakaikan
cawat, disebat di tempat yang sama iaitu di punggung dengan sekuat hati
sampai darah memercik dan macam nak pecah isi-isi daging!
Baik berbalik kepada hukuman gantung ini, aku dah dua tiga kali bertemu
dan menemubual seorang tukang gantung yang bertugas di Jabatan Penjara
Malaysia. Banyak yang beliau ceritakan mengenai 'tugasannya' .
Dan antara soalan yang aku ajukan pada beliau - apa pengalaman yang tak
dapat dilupakan sepanjang bertugas sebagai tukang gantung ini?
Pegawai ini seorang berketurunan Sikh. Pada mulanya beliau agak
keberatan menjawab soalan aku itu. Beliau lebih selesa bercakap bab
prosedur, kaedah dan sebagainya which is bagi aku dah ramai tahu. Aku
perlukan 'lebih' dari itu. Lama-kelamaan beliau semakin OK dengan
aku dan menceritakan A to Z mengenai pengalaman 'mendebarkan' yang
pernah beliau lalui.
Antaranya menurut pegawai itu, beliau sering dapat 'tanda-tanda'
tertentu sebelum mendapat arahan menggantung banduan. Antaranya beliau
akan rasa PANAS di sekitar lehernya. Jika itu terjadi katanya, beliau
akan standby kerana dua tiga hari lepas itu PASTI beliau akan mendapat
tugasan tersebut.
Tukang gantung itu juga menceritakan satu kejadian aneh sepanjang beliau
bertugas selama ini. Ada satu peristiwa di mana beliau gagal menemui
kunci rumahnya sedangkan beliau perlu segera ke penjara untuk
melaksanakan hukuman. Untuk rekod, dalam undang-undang pihak penjara
diperuntukan masa tertentu untuk menjalankan hukuman berkenaan.
Sekiranya hukuman itu tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, ia
merupakan satu kesalahan besar!
"Subuh itu saya dah bersedia untuk menggantung seorang banduan ini
tetapi bayangkan kunci rumah saya tiba-tiba hilang. Kunci pintu tiada,
kunci pagar lesap, kunci mangga entah ke mana, semua tak ada. Apa lagi
saya terpaksa menelefon rakan untuk membuka pintu rumah dan nasib baik,
saya sempat menjalankan 'kerja' saya," katanya yang menganggap ia satu
peristiwa misteri yang masih beliau tak menemui jawabannya.
Beliau juga pernah dikunjungi 'kelibat' seorang banduan yang baru
beliau gantung. Menurut tukang gantung itu, sebelum banduan berkenaan
menjalani hukuman, dia ada meminta supaya diberi peluang untuk menghisap
rokok buat kali terakhir. Namun permintaan itu ditolak kerana menyalahi
peraturan dan mereka juga sudah kesuntukan masa. Selepas selesai
menggantung banduan itu hingga mati, pegawai berkenaan kembali ke
pejabatnya untuk menghabiskan kerja sebelum pulang ke rumah.
"Masa tu saya rasa mengantuk yang amat sangat sehingga membuatkan saya tersengguk-sengguk. Ketika inilah 'kelibat' banduan itu muncul depan mata saya. Saya memang sangat terkejut. 'Dia'
tidak bercakap tetapi menunjukkan isyarat seolah-olah mahukan sebatang
rokok untuk dihisap. Saya cakap sudahlah...kamu sudah dalam alam
lain...pulanglah ke tempat kamu...jangan ganggu saya lagi...lepas itu
perlahan-lahan bayang-bayangnya hilang," katanya yang mengakui akan
meremang bulu roma setiap kali mengingatkan kejadian itu.
Mengenai keadaan mayat yang digantung, pegawai tersebut memberitahu,
selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas
digantung kerana kekurangan oksigen.
Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu.
Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan’
atau sendawa daripada mulut mayat berkenaan.
“Bunyinya seperti ini…. ERRKKKKKKK....ia sebenarnya hasil tindak balas
gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut
besar,” katanya sambil ketawa.
Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman
gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh
merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.
“Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan
akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan
berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?
“Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna
daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu
berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum
seolah-olah `pemergian’ mereka dirahmati-Nya,” ujar beliau.
Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata: “Saya berharap
cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita
semua.
“Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear’ di bilik gantung itu,
hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut
dan sejarah telah membuktikan… keajaiban itu tidak pernah berlaku!”
Kali terakhir aku berjumpa pegawai Sikh itu kira-kira lima enam tahun
lepas. Mungkin dia dah bersara sekarang. Aku rasa kalau dia tulis buku
mengenai pengalamannya sebagai tukang gantung, confirm kalah Stephen
King ngan Ramlee Awang Murshid hehehehe....
Kredit : Oleh Syahril A Kadir
Tiada insan yg tidak melakukan.kesilapan...kesalahan dan kesilapan yg d laku masing2 berbeza...cuma dengan kesilapan yg kita lakukan itu yg layak menghukum dan memberi pengampunan hanya Allahswt...untuk yg masih di sel penjara saya doakan wlwpun kesalahan.mrka terlalu besar moga Allahswt memberi pelepasan yg trbaik buat mrka dan semoga mrka menginsafi segala dosa2 yg mrka lakukan..
ReplyDeleteAmin