Seorang wanita muda di India menghabiskan seumur hidupnya tanpa mempunyai "wajah". Selama 21 tahun hidupnya, walaupun dia tidak tahu yang dirinya mempunyai mata atau juga hidung.
Khadija Khatoon, dari Kolkata
India Timur dilahirkan dalam keadaan mempunyai kelainan bentuk pada
wajahnya. Dia dilahirkan dengan mata kecil dan tidak pernah melihat
dunia. Seiring pembesarannya, kelainan bentuk wajahnya pun semakin tidak
terkawal.
Khadija
yang dilahirkan dalam keluarga miskin, tidak pernah pergi sekolah dan
dipulaukan oleh jirannya. Satu-satunya teman yang dia miliki adalah
keluarganya. Meskipun demikian, Khadija mengaku dirinya bahagia dengan
kehidupannya.
Doktor pun sudah mengatakan jika tidak ada yang
boleh dilakukan terhadap wanita muda ini. Mereka mengesyaki Khadija
mengalami Neurofibromatosis , sebuah keadaan yang jarang berlaku yang
menyebabkan tumor tumbuh di sepanjang saraf.
Kedua-dua
ibubapanya menyedari kelainan ini saat Khadija tidak juga membuka
matanya dua bulan selepas dilahirkan. Ketika dibawa ke hospital, Khadija
dirawat selama enam bulan dan dilakukan pelbagai ujian. Tapi pada
akhirnya doktor mengatakan jika tidak ada yang boleh mereka lakukan.
Doktor
Anirban Deep Banerjee, seorang neurosurgeon dari Hospital Apollo,
Kolkata, mengatakan Khadija mungkin saja mengalami "tumor fatal" di
dalam wajahnya. Dia berharap agar ibubapanya akan membawa Khadija untuk
melakukan ujian gen. "Jika dia mahu, kita akan melakukan pelbagai ujian
untuk melihat seberapa besar kemungkinan pembedahan boleh berjaya,"
ungkap Dr Aniban.
Melihat perkara ini, seorang pegawai kerajaan
tempatan, Rupak Dutta, berinisiatif untuk membuat kutipan dana untuk
Khadija. Saat ini dirinya sedang berbincang dengan NGO tempatan yang
akan membantu Khadija bertemu dengan pakar untuk membincangkan
kemungkinan dilakukan pembedahan.
0 comments:
Post a Comment