Jika kebanyakan lelaki menghabiskan masanya untuk membuatnya lebih
menarik didepan wanita, lelaki yang pelik ini malah menghabiskan masanya
selama 11 tahun untuk menjadikan dirinya seperti syaitan.
Perkara
ini dilakukan oleh lelaki aneh ini dengan maksud dan bertujuan ingin
kelihatan berbeza dengan manusia lain di dunia ini.
Lelaki yang
bernama Caim Mortis sudah menghabiskan masa selama 11 tahun untuk
mengubah dirinya seperti Syaitan. Ia membuat tanduk di dahinya dengan
menggunakan implan.
Tidak hanya itu, ia juga mentato biji
matanya menjadi berwarna hitam seperti syaitan yang serupa dengan
kegelapan. Lelaki ini juga memasang tindik di bahagian wajahnya.
Mortis
yang berusia 42 tahun ini, mengatakan bahawa salah satu motivasi beliau
untuk mengubah dirinya adalah untuk menjadi orang yang berbeza dari
yang lain.
"Salah satu motivasi utama saya untuk pengubahsuaian
tubuh agar menjadi dan berbeza daripada orang lain di dunia ini," kata
Mortis.
Mortis diketahui memang bekerja sebagai artis pembuat
tato yang berasal dari Mexico tetapi pindah ke Colombia kerana
keluarganya telah membuangnya.
Selain bekerja sebagai artis
tatu, Mortis juga bekerja sebagai DJ dan ia sangat suka muzik. Ia bahkan
berharap jika orang-orang boleh kagum dengan apa yang dilakukannya.
0 comments:
Post a Comment