
Salam semua,
Admin
ingin berkongsi satu cerita ini kepada kalian semua. Cerita mengenai
amalan nasi kangkang isteri kepada suaminya. Perbuatan seperti ini
memang akan dilaknat oleh Allah SWT. Semoga pelakunya akan bertaubat dan
memohon keampunan dari Allah SWT sebelum terlambat. Mari baca kisahnya.
Lama
benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh
tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana
itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu
seronok. Eh, makin kurus nampak. Diet ke? kata saya setelah
mempersilakannya duduk.
Tak
adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah,
kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,
balas Arifin. Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun
longgar, Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan
betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas
bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin
tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul,
pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. Orang rumah saya sakitlah,
ustaz, kata Arifin.
Patutlah
aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak.
Sakit apa? saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik
nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah
itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
Entahlah.
katanya perlahan.. Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia
melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. penuh dengan lepuh
macam orang terkena air panas,kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu,
dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun
ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya. Sakit
apa, doktor pun tak tau,tambahnya.
Dah pergi berubat kampung? saya bertanya.
Dah,tapi
macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang
bunian, sampuk dan macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang,
tapi sakitnya tak juga sembuh,jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu,
lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang
langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung,
kusut.. Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya,
setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan
berbintil-bintil macam katak puru, tambah Arifin.
Akibatnya,
sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab,
seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan,
bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga
ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat
terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa
berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang
ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir
di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara
berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang
lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang
memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an,
rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang
sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia
bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
Tiap
hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa
dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,kata
Arifin. Wajahnya sayu Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu.
Di
sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin
membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak
wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu
juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. Sekarang
ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia
meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi,saya harap ustaz dptlah
tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara
moden, tambah Arifin.
InsyaAllah. Balas saya.
Tapi
saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang
meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah
dia meluahkan segala yang terbuku di hati. Apa yang dia cakap masa
meracau tu?
Macam-macam
ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya
kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit
memang macam tu,kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan
tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri..
Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
Datang ya, ustaz . Saya tunggu,
katanya sambil mengangkat punggung.
Dia
kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang
dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. Jemput masuk
ustaz,Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
Dia
baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia.
Orang rumah saya ni sensitif sikit, bisiknya sebelum kami masuk ke bilik
berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut
paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
Za..
Ni Ustaz Nahrawi datang, kata Arifin perlahan sambil memegang bahu
isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza
sangat menyedihkan Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti
bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus
cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita.
Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas
lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan
suara separuh berbisik, saya bertanya;Pin, saya nak tanya sikit, tapi
sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung. Tak adalah,ustaz.
Tanyalah, saya tak kisah, jawab Arifin.
Err,. dari mana datangnya bau yang. soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
Ooo. mmm, dari alat sulit dia,kata Arifin perlahan. Keluar lendir bercampur nanah
Saya
tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin
dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang
seperti itu.
Sebelum
kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di
timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana
ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya
bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah saya pun sudah.
Kalau macam tu, baguslah,kata saya.
Setelah
merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya
meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga
mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. Sama-samalah kita berdoa
supaya dia sembuh, kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah
ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu
kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin
tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun
tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya
melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin
menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
Ustaz,katanya.. Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu
Kenapa?pantas saya bertanya.
Sejak
dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan
segala-galanya . Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut
sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan
ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan
air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya Kenapa?
Dia
jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. Tambah
saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku
curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya
ditundukkan dengan ilmu hitam. Saya tanya, masa bila awak buat? Dia
jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar
daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit
dengan beberapa lelaki. Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya
tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah
sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun
daripada saya.
Dia
minta saya maafkan. Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri,
racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya
jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut
nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan Kata Arifin tanpa
sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya
itu.
Tidak
saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang
sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi
bahasa pun elok. Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah
dia, kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya
merelakan isterinya pergi.
Kata
saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad
kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu. Lagipun,
dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun
dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat
disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab
menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan
saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.
Ampunkan
dia? Arifin bertanya balik. Dia dah derhaka dengan saya, buat tak
senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau
saya maafkan dia? tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin
dia terkejut.
Ya.
dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala, jelas saya. Saya
terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan,
yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi
adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan
insaf dan meninggal dengan mudah. Takkan awak nak biarkan dia
menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja
dia dengan hati yang benar-benar ikhlas, jelas saya.
Setelah
puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan
supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin
(salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. Buat malam ni
juga. Lepas itu tunaikan solat, kata saya. Seminggu kemudian Arifin
menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah
meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari
kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia
lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
Tapi
Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya
sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang
tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga
rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan
daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
Namun
demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir
daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya
dikebumikan.
Semoga Allah mengampunkan si arwah.
Sumber: huhusampaibila
0 comments:
Post a Comment