Hukuman
mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan
pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung,
tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.
Hukuman mati
mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat manusia, dan pernah berlaku
di hampir semua masyarakat. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan
demi menegakkan keadilan di dalam masyarakat. Tetapi dari segi
ketenteraan, hukuman mati adalah satu cara untuk mengawal disiplin
tentera.
Hukuman pancung telah digunakan sebagai salah satu
bentuk hukuman yang telah dilakukan sejak dahulu kala lagi. Pemancungan
dengan menggunakan pedang, kapak, bahkan dengan senjata militer
terkadang dianggap sebagai salah satu cara terhormat untuk mati bagi
seorang bangsawan, yang beranggapan bahawa sebagai prajurit .
Di
negara barat ada anggapan bahawa pemancungan sebagai hak istimewa
seseorang yg terhormat. Pemancungan ini membezakan dari hukuman tidak
terhormat (keji) dari membakar seseorang hidup-hidup diatas tumpukan
kayu.
Pada
abad pertengahan di Inggris, pengkhianat yang dilakukan oleh bangsawan
akan dihukum pancung, bagi para pelaku bangsawan lelaki, termasuk
kesatria, akan digantung, diseret dan ditarik dengan kuda. Untuk pelaku
wanita akan dibakar hidup-hidup di atas longgokkan kayu.
0 comments:
Post a Comment