Para
pakar telah mencari sebuah Mumia yang dianggap telah berusia
beratus-ratus tahun. Uniknya mumia ini tidak dalam keadaan tidur seperti
mumia pada umumnya yang pernah ditemui tetapi dalam posisi duduk
bersila seolah-olah sedang bersemadi di wilayah Songinokhairkhan,
Mongolia.
Pemeriksaan forensik sedang dilakukan pada manusia
yang dipercayai telah berusia 200 tahun selepas dipelihara dengan kulit
binatang.
Tubuh mumia sedang duduk bersila, seolah-olah sedang bermeditasi semasa ditemui seperti dikutip dari The Time, Siberia.
Setelah diteliti, para penyelidik yakin bahawa mumia tersebut telah
berumur 200 tahun. Tubuh Mumia yang ditemui pada tarikh 27 Januari 2015
di Negeri Songinokhairkhan, Mongolia.
Ketika ini mumia tersebut
sedang diteliti lebih lanjut di Bandar Ulaanbataar. Anggaran sementara
Mumia tersebut adalah Guru Lama Dashi-Dorzho Itigilov yang lahir pada
tahun 1852, Dia adalah Buryat Buddha Lama dari tradisi Buddha Tibet,
seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.
0 comments:
Post a Comment