Friday, November 13, 2015

Filled Under:

Penting Bagi Wanita - 3 Mitos Dan Fakta Tampil Cantik Menawan

 3 Mitos Dan Fakta Tampil Cantik Menawan
Mitos 1 :

Liang-liang roma akan terbuka dan tertutup.
FAKTA:

Liang roma adalah pembukaan pada wajah yang membenarkan sebum mengalir ke permukaan kulit bagi memastikan tingkat kelembutan kulit dan mengelakkan daripada retak atau merekah. Jadi ia tidak terbuka atau tertutup. Sekiranya liang roma ini kelihatan membesar, ia disebabkan sel kulit mati telah terhasil pada liang roma tersebut.  Oleh itu, proses pengelupasan adalah penting. Ia membantu membuang sel-sel kulit mati dan membuatkan liang roma kelihatan lebih kecil dan bersih.
Mitos 2:
Gunakan produk daripada satu jenama sahaja.
Fakta 2:
Kulit wajah tidak akan rosak atau mati sekiranya anda menggunakan kombinasi produk daripada jenama berlainan. Ada juga produk pelbagai jenama memberikan hasil yang lebih baik daripada menggunakan produk daripada satu jenis jenama sahaja. Atas alasan itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah produk yang sesuai untuk anda sebelum memilih dan menggunakannya. Harus diingat, jika sesuatu produk itu berkesan pada orang lain, tidak semestinya ia juga berkesan pada anda.
Mitos 3:
Kulit berminyak perlu dikeringkan.
Fakta 3:
Pengeluaran minyak sangat penting bagi penyenggaraan kulit muka. Kebanyakan kita tidak mempunyai kulit yang berminyak seperti mana yang difikirkan. Sekiranya benar anda mempunyaikulit berminyak, adalah penting untuk tidak mengeringkannya tetapi pastikan ia berada dalam keadaan bersih dan seimbang. Tidak semestinya kulit berminyak bermakna anda tidak memerlukan krim pelembap. Krim pelembap berfungsi membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menerima minyak dan air dari dalam. Sekiranya kulit dehidrasi, kulit akan mula mengeluarkan lebih banyak minyak. Inilah antar penyebab kulit mengelupas dengan teruk.
Pernahkah anda merungkai perubahan dunia pada ketika ini? Mari ketahuinya pengaruh kuatnya disini Fakta Ekonomi Kuih Dahulu VS Kuih Sekarang.




0 comments:

Post a Comment