Lucy Tonge mempunyai keadaan kesihatan yang agak pelik. Gadis 19 tahun itu menghidap narkolepsi, sebuah gangguan tidur. Lucy boleh tidur di mana saja dan dalam keadaan apa pun. Di dunia, gangguan tidur seperti ini cukup banyak dialami kebanyakan orang seperti Lucy. Dianggarkan satu perempat penduduk dunia menderita narkolepsi. Seringnya, rasa mengantuk datang sepanjang masa, terutama pada siang hari.
Gangguan
itu boleh hilang jika digunakan tidur selama 15 minit. Namun dalam masa
yang singkat rasa mengantuk boleh muncul lagi. Yang meresahkan,
penderitanya tidak boleh tidur ketika waktu malam sebab tidak
mengantuk. Lucy sendiri menghidap narkolepsi pada 6 tahun lalu setelah
mendapat vaksin selesema babi. Pernah semasa sedang menonton televisyen,
sedang ketawa dan berbual dengan ibubapanya, Lucy tiba-tiba jatuh
tertidur. Ibubapa Lucy merasa geram sebab mengira anaknya bergurau. "Aku
sempat memarahinya, ketika ia tidur mendadak saat ketawa.
Ini
tidak masuk akal, tapi berulang kali ia melakukannya dan ia memang
tidak dapat menahan mengantuknya," kata ibu Lucy. Dari diagnosis doktor
pakar, Lucy memang menghidap narkolepsi. Dalam sehari, dia boleh
diserang mengantuk hingga 40 kali. Pada 2009, kerajaan membuat pengakuan
mengejutkan perihal kesan sampingan vaksin babi.
Salah
satunya gangguan tidur narkolepsi ini. Malangnya, Jabatan Tenaga Kerja
menolak untuk memberikan pampasan kepada 80 rakyatnya yang terkena
narkolepsi, termasuk Lucy. Kerajaan beralasan, narkolepsi bukan
kecacatan yang serius. Demikian dikutip dari Brunchnews.com.
0 comments:
Post a Comment