Wednesday, December 23, 2015

Filled Under:

TERKINI ! PIHAK PENYELAMAT TEMUI SESUATU MENGERIKAN !

 



SANTUBONG: Pihak penyelamat hari ini berjaya menemui organ dalaman menyerupai paru-paru manusia berkemungkinan milik jururawat, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, yang dilaporkan hilang selepas lemas di Pantai Pasir Pandak, di sini, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Muhammad Mirza Dzalmmira Miraz berkata, mereka menemui organ dalaman tersebut di celah-celah batu kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari lokasi mangsa hilang kira-kira jam 10 pagi tadi.




Menurutnya serpihan organ dalaman berkenaan menyerupai paru-paru manusia, bagaimanapun mereka belum dapat memastikan sama ada organ dalaman itu milik manusia atau haiwan.

"Semuanya masih dalam siasatan dan kita sudah hantar organ berkenaan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk ujian forensik,"katanya dipetik laporan Harian Metro.

Isnin lalu, pihak penyelamat telah berjaya menemui pakaian yang dipakai oleh Wazieyana ketika dilaporkan hilang dimana terdapat kesan gigitan pada pakaian yang dijumpai tersebut.


Operasi berkenaan dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).




0 comments:

Post a Comment