Thursday, December 15, 2016

Batal Wudhu’ Suami Isteri Yang Bersentuhan Kulit.? Ini Jawapannya..


Penjelasan dan huriaan dalil Mazhab syafie kenapa sentuh suami or isteri itu batal wudhu’

Masalah seperti ini dipanggil zohir taa’rudh bain al adillah syariyyah (kontraduksi yang seolah-olahnya berlaku diantara dalil-dalil syarak)
bila berlaku begini maka para mujtahid akan menilai antara dua dalil dengan beberapa urutan kaedah

1- Jama’ (usaha untuk menyelaraskan antara dua dalil) dengan menafsirkan kedua-duanya dengan tafsiran yang menunjukkan sebenarnya tiada sebarang percanggahan

2-Tarjih (mentarjihkan salah satu dari dua dalil dengan salah satu dari puluhan murajjihat -faktor pentarjih

3-Nasakh – sekiranya dua kaedah diatas tidak boleh dipakai

4- taa’rudh – kegagalan kedua-dua dalil menjadi hujah lalu diperlukan dalil lain
dalam masalah ini secara umumnya ada dalil ayat quran dan hadis seperti yang diketahui

Imam syafie mengambil makna hakikat bagi perkataan “lamasa” dengan makna asal sentuh kerana beberapa sebab

1)ia adalah makna hakikat dan dalam usul fiqh bila kita ingin memaknakan satu perkataan maka keutamaan adalah memaknakannya dengan makna hakikat kecuali ada qarinah dan dalil kuat untuk memaknakannya dengan makna majaz contoh seperti ayat mutasyabihat perkataan “yad” “wajah” dan seumpamanya

2 ) ada qiraat lain yang mambaca dengan lamasa tanpa alif yang memang hanya digunakan untuk makna sentuh dan kaedahnya quran mentafsirkan antara satu dengan yang lain juga tafsir yang kuat adalah dengan al quran.

3)adapun jimak ia adalah perkara yang membawa kepada hadas yang lebih besar yang menyebabkan perlu mandi maka wajarlah perkara yang lebih kecil dari jimak membawa kepada hadas kecil yang memerlukan kerja yang lebih kecil iaitu wuduk.

4)ayat itu menggunakan kalimah nisa’ wanita-wanita secara plural kalau dimaknakan dengan jimak maka ia bermakna “atau sekiranya kamu bejimak dengan wanita-wanita”.Termasuk didalamya wanita bukan mahram yang tidak dinikahi yang membawa pengertian zina.Ia agak pelik jika dilihat pada konteks ayat atas beberapa sebab ini makna ‘sentuh” di ijtihad lebih tepat
setelah itu persoalannya ada hadis yang pada zahirnnya menunjukkan tidak perlu ambil wuduk:

1-hadis Hubaib bin Abi Sabit dari Aisyah “Nabi mencium salah seorang isterinya kemudian keluar mengerjakan solat dan Baginda tidak mengambil wuduk semula

2- hadis Aisyah ” aku kehilangan Rasulullah pada satu malam diatas hamparan tidur lalu aku mencari Baginda dan tanganku tekena kaki baginda

Hadis pertama adalah dhoif manakala hadis kedua hadis sohih riwayat Muslim

kaedah 4 urutan yang di sebut diatas harus diperaktikkan.Adapun hadis pertama dengan ayat kita memkai kaedah tarjih(3) iaitu ianya adalah lemah dan kalau ia adalah boleh dipakai sebagai hujah kerana statusnya hasan lighairihi menurut sebahagian ulama (Syaukani) maka jawabannya seperti berikut

1 – Kemungkinan ia berlapik (Syaukani mengatakan jawaban ini ada unsur takalluf iaitu andaian yang dibuat dan agak tidak realistik hanya untuk menyelaraskan hadis dengan pendapat peribadi

2-Dalam hadis yang kedua ada kemungkinan Baginda tidak sedar Aisyah sentuh kerana sedang khusuk solat namun ada hadis lain riwayat Nasaie iaitu “Apabila baginda ingin solat witir Baginda sentuh Aisyah dengan kakinya.

3- Jawaban yang lebih wajar ialah hadis di atas adalah hadis “Fi’li” iaitu riwayat tentang perbuatan Rasulullah dan hadis perbuatan ada pelbagai kemungkinan atau disebut ihtimal kemungkinan ia berlapik atau Baginda tidak sedar. Ia adalah keistimewaan Rasulullah dan dalam banyak perkara Baginda istimewa seperti tidur Baginda tidak membatalkan wuduk ,Baginda boleh berada dalam masjid walaupun berjunub ,Baginda berkahwin tidak perlu wali jadi mungkin kes ini adalah keistimewaan.

Hadis ini tidak boleh diambil hukumnya untuk umum umat kerana alasan tadi dan ada kaedah “Jika dalil mengandungi kemungkinan dan ihtimal batallah ia sebagai hujah dan dalil ‘ان طرق الدليل الاحتمال بطل الاستدلال
dan kaedah “Tiada umum dalam perbuatan”لا عموم للفعل

Walhasil pendapat ini bukan rekaan ulama sekarang tetapi ia adalah berdasarkan dalil.

2-Ia juga pendapat sahabat Abdullah bin Masu’d Umar bin Khottob ,Abdullah bin Umar danZaid bin Aslam Tabiin Makhul, sya’bi, ibrahim nakhoi”e, A’to’ bin Saib, Zuhrie, Yahya bin Saied

3- Kalau ia salah tidak menjejaskan sahnya solat

4-Kita tidak ada masalah dengan pendapat yang mengatakan tidak perlu wuduk kerana ia adalah amalan bertrilion manusia bermazhab Hanafi
dan kita tak akan mengatakan mereka yang berpendapat begini adalah wahabi.

Beza Hanafi dengan Wahabi

1- Ulama Hanafi tidak menyesatkan orang yang mengatakan perlu mengambil wuduk.

2-Mereka tidak mengatakan ini pendapat rekaan ulama.

3-Mereka tidak sibuk berdakwah kepada pendapat ini di kalangan khalayak bermazhab Syafie.

4-Mereka berpendapat pendapat mereka lebih kuat dan ada kemungkinan salah.

5-Demi meraikan khilaf dalam mazhab Hanafie mengatakan disunatkan ambil wuduk bila sentuh wanita.

6- Mereka berbincang atas semangat ilmiyah bukan untuk mengeluarkan sesiapa dari sof ahli sunnah waljamaah.

7-Mereka yang mengatakan pendapat Imam Syafiie bertentangan sunah pada hakikatnya tidak mengamalkan sunnah kerana dalam hadis itu hanya mengatakan Baginda sentuh isteri dan tak ambil wuduk manakala mereka mengatakan sentuh sesiapapun dikalangan wanita ajnabi tidak perlu ambil wuduk.


Saturday, December 26, 2015

Pelik!! Muntah Ikan Paus Sebesar Bola Ragbi Dilelong RM73,503



PARIS – Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di pantai dijual pada harga £11,000 (RM73,503) dalam satu lelongan di sini kelmarin.
Ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai ambergris itu dijumpai seorang lelaki di pantai Anglesey, utara Wales, Britain pada awal tahun ini.
Ambergris yang boleh dijadikan bahan dalam pembuatan minyak wangi itu dijual kepada seorang pembida melalui telefon.
Pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge berkata, dia sangat teruja dengan lelongan berkenaan.
“Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.
“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” katanya.
Ambergris seberat lebih satu kilogram dan berbau busuk itu mungkin hanyut di laut selama berpuluh-puluh tahun sebelum terdampar di pantai.
Partridge memberitahu, ini adalah kali pertama di dunia ambergris dilelong.
Ambergris dihasilkan dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi organ itu daripada benda tajam seperti paruh sotong yang dimakan haiwan itu.
Ia kemudian dikeluarkan dari usus dengan cara memuntahkan.
Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi kerana ia menjadikan minyak wangi tahan lebih lama. – Agensi/myMetro Online


Cubaan Tikam Tentera Israel, Wanita Palestin Ini Ditembak Hingga Mati

 

Seorang wanita berumur 19 tahun ditembak mati oleh tentera Israel apabila melakukan cubaan untuk menikam salah seorang anggotanya.


Hadeel Salah Al-Hashlamon yang merupakan pelajar universiti di sana ditembak beberapa kali di badannya, termasuk di bahagian dada meskipun askar berkenaan tidak langsung cedera dari cubaan itu.


Awal minggu ini juga seorang lelaki Palestin ditembak sehingga mati kerana didakwa membawa bahan letupan untuk meletupkan sebuah kenderaan tentera Israel. -Siakapkeli.my


Inilah Punca Budak 11 Tahun Yang Meninggal Dunia ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor

 Doktor di Shenzhen, China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia,



Budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain



Menakjubkan..Bayi Yang Lahir seberat 0.45 kilogram Ini Dulu Sebesar Jari, Kini Membesar Sihat

 




LAPAN bulan lalu, ramai doktor di Britain sendiri menjangka seorang bayi pra-matang bernama Millie Perrin tidak akan mampu hidup lama.



Namun, kuasa tuhan siapa menyangka, bayi yang dahulunya lahir dengan saiznya sebesar jari tangan dan mempunyai berat 0.45 kilogram ini, kini mampu membesar dengan sihat dan sempurna.
2F8B7FF700000578-0-image-a-23_1450696849133
Malah, pembesaran bayi perempuan milik pasangan Stephanie Perrin, 34; dan James Perrin, 38; dari Hull, East Yorkshire, United Kingdom ternyata mengejutkan ramai hingga ada yang menggelarkannya bayi ajaib.
2F8B967E00000578-0-image-a-33_14506982941042F8B968B00000578-0-image-m-21_14506967944932F8B969200000578-0-image-a-10_1450696639911
Difahamkan, bayi ini dilahirkan awal kerana terdapatnya masalah di ‘placenta‘ yang dikenali sebagai Intrauterine Growth Restriction (IUGR).
Masalah ini menyebabkan tubuh bayi ini tidak boleh membesar seperti bayi lain di dalam rahim.
Hal itu juga menyebabkan, para doktor menjangka bayi yang lahir pada usianya 27 minggu hanya mampu hidup kurang dari tiga minggu.
Bagaimanapun, berkat pelukan dan kasih sayang si ibu, Millie kini ternyata membesar sihat dan mampu meneruskan hidupnya seperti bayi lain. – MYNEWSHUB


Penggemis Kudung Sebelah Kaki Tiba-Tiba Jadi Normal Larikan Diri Dari Pihak Berkuasa

 



Jakarta: Seorang penggemis kudung sebelah kaki tiba-tiba larikan diri dengan kedua-dua belah kakinya selepas diserbu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bandaraya berkenaan.


Lelaki berkenaan yang dikenali Aris Setianto, 27, dikatakan berpura-pura kudung bagi menagih simpati orang ramai telah ditangkap kerana menipu.



Ketua jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.



"Ketika hendak ditahan, mereka memang menyangka beliau benar-benak kudung, tetapi ketika lelaki berkenaan menyedari kehadiran kami, dia dilihat berlari menggunakan kedua-dua belah kaki."

“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.



Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.



“Dengan berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga Rp200,000 (RM65) sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga Rp5 juta (RM1,650),” kata Chaidir.



 Beliau dikatakan menjalankan aktiviti berkenaan sejak tahu 2008 lalu, pada mulanya agak malu tetapi kerana pulangannya lumayan dia mengetepikan semua perasaan tersebut. -Siakapkeli.my


Pelajar Gagal Buat Helah 'Terjumpa' Bayi, Akhirnya Mengaku Anaknya Sendiri

 




MARAN: Helah seorang pelajar universiti awam kononnya 'terjumpa' bayi di kawasan rumahnya gagal apabila akhirnya mengakui anak itu yang dilahirkannya sendiri.

Kejadian berlaku di FELDA Jengka 3, pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan terpaksa mencipta helah sedemikian kerana takut hal sebenar diketahui ahli keluarganya.

“Suspek sengaja membuat cerita palsu memberitahu kononnya dia menemui bayi berkenaan di atas meja di depan rumahnya ketika mahu menyidai pakaian sebelum dia menghubungi ibunya memaklumkan kejadian,” ujar Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi.

Pelajar tersebut melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat lebih tiga kilogram, masih bertali pusat ketika ditemui dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi pemeriksaan lanjut. -Siakapkeli.my


Allahuakhbar !!! Datuk Jumpa Cucu 10 Bulan Lemas Dalam Baldi !

 


Foto : Hilmi/ myMetro

Balik Pulau, 25 Dis: Seorang bayi perempuan 10 bulan dijumpai terjatuh dan lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Taman Genting Emas, Simpang Empat di sini dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Nur Dayana Sofia Islahuddin, 10 bulan, dipercayai merangkak ke dalam bilik air di rumahnya seorang diri sebelum terjatuh di dalam baldi tersebut.



Adik Nur Dayana dipercayai tidak dapat keluar dari baldi berkenaan dan lemas.



Mayat adik Nur Dayana ditemui oleh datuknya yang bangun untuk berwuduk bagi mendirikan solat subuh.



Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my


Saya Mendengar Suara Seperti Orang Berdengkur Kuat Didalam Masjid-Saksi

 




Dalam kejadian seorang bilal masjid yang maut di sembelih karena azan subuh di balam semporna inhil,riau kamis 17.12.2015 lalu.Mangsa darwin lubis sebagai bilal masjid  nurul yang ditemukan terkapar didalam masjid sekita jam 05:15 waktu indonesia.

Menurut saksi Rifai siregar 50,yang duduk di sekitar masjid mengatakan bahwa ia mendengar suara orang seperti berdengkur kuat sebanyak 3 kali di dalam masjid.

"sebenarnya kejadian berlaku selepas sholat subuh,bukan ketika azan subuh di kumandangkan.Pagi itu saya mendengar suara seperti orang berdengkur 3 kali dari dalam masjid,namun suara itu sangat Kuat dan aneh,karena merasa ingin tahu saya langsung menuju kedalam masjid karena hal ini tidak biasa,saat saya sampai korban sudah terbaring berlumuran darah.kisahnya"

Darwin lubis yang sempat di larikan kehospital rantau parapat untuk mendapat rawatan meninggal dunia karena luka yang terlalu serius di bagian leher akibat di kerat.

"Menurut satu sumber lain mengatakan setelah mangsa darwin yang selamat dikebumikan pada jam 10 pagi,pihak polis berjaya menahan satu suspek yang mencurigakan yang juga tetangga mangsa.

Selain dari pada itu suspek juga dikatakan individu yang bukan beragama islam dikatakan terganggu dengan suara azan Subuh"maklumat dari facebook ida langsa (info samar samar)

Sementara itu datuk penghulu bangko semporna menjelaskan,mangsa darwin lubis yang duduk di belakang masjid bersama isterinya sejak 4 tahun lepas.



Kilang Proses Mihun Menjijikkan !!!

 


SEBUT sahaja mihun atau bihun, pasti ramai yang tahu. Di Malaysia, makanan ini merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai, sesuai dihidang sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.

Namun, di Dongguan, China baru-baru ini, tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana mihun ini diproses sebelum dijual kepada pengguna.
Gambar yang diambil menunjukkan betapa para pekerja di sana tidak menjaga kebersihan yang sememangnya penting terutama dalam memproses barang makanan.
12346542_1216426458373438_5192891559332712911_n
12313914_1216426475040103_1683178341680850064_n
Mi yang berselerak di atas lantai dipijak-pijak oleh pekerja di sana. Lebih menggelikan tekak apabila ada juga pekerja yang tidur lena di atas longgokan mi berkenaan.


12310601_1216426445040106_3891055014585722754_n
Cuba bayangkan, mi yang dibiar atas lantai ini dihinggap oleh sang semut, tikus dan beberapa serangga pembawa kuman lain?
Pihak kilang sepatutnya menjadi peka terhadap isu kebersihan kerana mi ini akan dibungkus dan dijual kepada pengguna.
Apapun, harapnya pihak berkuasa di China akan melakukan penyiasatan dan menghukum tuan empunya kilang ini.