Jakarta:
Seorang penggemis kudung sebelah kaki tiba-tiba larikan diri dengan
kedua-dua belah kakinya selepas diserbu oleh pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat bandaraya berkenaan.
Lelaki
berkenaan yang dikenali Aris Setianto, 27, dikatakan berpura-pura
kudung bagi menagih simpati orang ramai telah ditangkap kerana menipu.
Ketua
jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris
Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.
"Ketika
hendak ditahan, mereka memang menyangka beliau benar-benak kudung,
tetapi ketika lelaki berkenaan menyedari kehadiran kami, dia dilihat
berlari menggunakan kedua-dua belah kaki."
“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.
Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.
“Dengan
berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga
Rp200,000 (RM65) sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga
Rp5 juta (RM1,650),” kata Chaidir.
Beliau
dikatakan menjalankan aktiviti berkenaan sejak tahu 2008 lalu, pada
mulanya agak malu tetapi kerana pulangannya lumayan dia mengetepikan
semua perasaan tersebut. -Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment