Saturday, December 26, 2015

Filled Under:

Pelajar Gagal Buat Helah 'Terjumpa' Bayi, Akhirnya Mengaku Anaknya Sendiri

 




MARAN: Helah seorang pelajar universiti awam kononnya 'terjumpa' bayi di kawasan rumahnya gagal apabila akhirnya mengakui anak itu yang dilahirkannya sendiri.

Kejadian berlaku di FELDA Jengka 3, pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan terpaksa mencipta helah sedemikian kerana takut hal sebenar diketahui ahli keluarganya.

“Suspek sengaja membuat cerita palsu memberitahu kononnya dia menemui bayi berkenaan di atas meja di depan rumahnya ketika mahu menyidai pakaian sebelum dia menghubungi ibunya memaklumkan kejadian,” ujar Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi.

Pelajar tersebut melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat lebih tiga kilogram, masih bertali pusat ketika ditemui dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi pemeriksaan lanjut. -Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment