Thursday, November 20, 2014

Filled Under:

AMELINA TERPAKSA BERTUDUNG ELAK DIKENALI ORANG RAMAI


Screen Shot 2014-11-21 at 10.46.36 AM
Walaupun sudah lebih sedekad berlalu, lagu-lagu dangdut hit Amelina ternyata masih lagi menjadi siulan. Contohnya seperti lagu ‘Asyik’, ‘Ah Rindu Lagi’ dan banyak lagilah.
Namun, sayangnya Amelina tiba-tiba hilang daripada industri. Ada desas-desus yang mendakwa bahawa penyanyi dangdut itu mengundur diri daripada industri kerana sudah betudung litup. So,macam tak sesuai la nak menyanyi dangdut.
Bagaimanapun, foto Amelina bersama Maya baru-baru ini mencetus kontroversi. Ramai yang menyelar Amelina kerana dikatakan sudah kembali kepada imej seksinya yang dahulu. Hurm.. Apa agaknya jawapan Amelina?
amelina dangdut
“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Saya terpaksa mengenakan tudung bagi mengelak orang ramai mengenali saya.
Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih-lebih lagi dengan mana-mana pihak mengenali saya.
Tapi sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baharu selepas menyusun dan merencana langkah dengan teratur.”
Amelina_Dangdut
Menerusi temubualnya dengan mStar Online, Amelina bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kisah perkahwinan dan lebih senang untuk berkongsi cerita mengenai 6 orang anaknya.
“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa.
Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang ‘membunuh’ secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan.”
Untuk makluman anda semua, Amelina kini bernaung di bawah Wake The Baby Record Sdn Bhddan dikatakan bakal mengeluarkan single terbaru tidak lama lagi.




0 comments:

Post a Comment