Thursday, November 20, 2014

Filled Under:

NORA DANISH BERSELFIE DENGAN QI

Screen Shot 2014-11-21 at 09.11.55
Rasanya belum pernah lagi kami melihat gandingan antara Nora Danish dan Qi Razali dalam mana-mana lakonan. Kalau kami salah, sila betulkan ya. Haha.
Tapi nampaknya keserasian antara mereka berdua tak perlu dibuat-buat, macam lahir sendiri gituh! Buktinya, selang beberapa saat sebaik Nora memuat naik sekeping foto selfie-nya bersama Qi di Instagram, ramai yang memuji mengatakan mereka adalah pasangan berlakon yang sesuai dan sedondon.
SC20141120-233019
Sampai ada segelintir peminat yang tak senang duduk. Iyalah, kedua-duanya kan dah mempunyai kekasih hati, jadi ramai penyokong yang risau kalau Nedim dan Nelydia Senrose terasa dengan gambar tersebut.
321014227
Kalau difikir secara logik, kes cemburu tak mungkin wujud kot sebab dah semestinya Nora dan Qi profesional sewaktu bekerja. Kalau tengok gaya Nelydia pun bukan macam seorang girlfriend yang kuat cemburu. Tak macam…eh, tak nak lah sebut kisah lama lagi. Hihi!
Apapun jauh di sudut hati, sebenarnya kami rasa memang nampak kesamaan pada rupa paras Nora dengan Qi. Sekali pandang macam abang dengan adik.
Kalau korang nak tahu, Nora dan Qi sekarang ni sedang menjalani penggambaran untuk sebuah filem berjudul Suamiku Jatuh Dari Langit. Tak sabar nak tengok, macam best je.





0 comments:

Post a Comment