Wahh. Kecik-kecik lagi sudah jadi artis dan ada syarikat untuk
menguruskan kerjaya. Murah rezeki sungguh Aaisyah Dhia Rana yang
merupakan puteri sulung Che Ta dan Zain Saidin. Seebelum ini Aaisyah
telah dilantik menjadi duta MotherCare, dan kini di bawah pengurusan LOL
Entertainment, pasti akan ada banyak lagi tawaran yang akan menjelma.
Bolehlah simpan duit untuk kegunaan apabila dah dewasa nanti.
Untuk makluman, Zain Saidin dan Che Ta juga di bawah pengurusan LOL Entertainment yang dimiliki oleh Dafi. Alang-alang mak ayah dah masuk, anak pun joinlah sekali kan? Senang satu keluarga di bawah syarikat yang sama. Kata Che Ta:-
Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air. Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta
Tidak dinafikan Aaisyah Dhia Rana memang comel, cute dan memang sesuai dilantik menjadi duta syarikat terutamanya untuk barangan berkaitan baby. Semoga lepas ini makin dimurahkan rezeki. Tahniah Aaisyah Dhia Rana. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.
0 comments:
Post a Comment