Wednesday, March 18, 2015

Filled Under:

Terkejut Gambar Dapat 150,000 ‘LIKE’

Makkah: “Saya berdoa di depan Kaabah untuk kesejahteraan penuntut saya, kakitangan dan juga pensyarah dan saya muatkan dalam Facebook (FB).

“Saya terkejut apabila kira-kira 600 yang memberi komen selain ada 150,000 yang like,” demikian kata Naib Canserlor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Ir Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau adalah antara 22,230 jemaah muassasah Tabung Haji (TH) bersama isteri Puan Sri Hanizah Abdul Hamid yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM, Shah Alam, Selangor.

Sahol mengakui tidak menyangka doa yang tulus dan ikhlas itu mendapat maklum balas baik daripada mereka yang melayari FB beliau.


SAHOL berada di mataf sambil berdoa di depan Kaabah.

Secara jujur, beliau berkata, kandungan doa di depan Kaabah itu turut menitipkan harapan supaya penuntut UiTM memahami keadaan semasa dan belajar dengan rajin selain perlu bersatu.

“Semaikan dalam diri akhlak yang mulia serta perasaan cintakan agama, bangsa dan negara dan jadikan diri graduan yang berkualiti dan berketrampilan.

“Doa yang sama juga saya panjatkan kepada Allah SWT supaya seluruh kakitangan UiTM menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, jujur dan bekerjasama dengan saya selain menjauhi perkara tidak elok dan banyak lagi doa lain dengan harapan ia dimakbulkan Allah SWT,” katanya yang mempunyai tiga anak yang juga pensyarah di UiTM.

Ketika ditanya mengapa memilih kaedah muassasah yang dikendalikan TH, Sahol mengakui ia sesuatu pengalaman yang luar biasa kerana dapat bersama dengan mereka yang pelbagai latar belakang.

“Ia pengalaman yang cukup baik dan jarang diperolehi lepas ini, malah ramai kenalan termasuk bekas pelajar, pensyarah dan kakitangan yang menegur saya ketika di Tanah Suci.,” katanya




0 comments:

Post a Comment