Pernah digosipkan bercinta dengan Amar Baharin dan Hafreez Adam,
terbaharu timbul cerita Izreen Azminda sedang menjalin cinta lokasi pula
dengan aktor Fahrin Ahmad.
Izreen dan Fahrin ketika ini sedang sibuk menyiapkan penggambaran drama Eksperimen Cinta.
Drama 20 episod itu untuk slot Dahlia TV3 dan diterbitkan Zeel Production dijangka bersiaran pada Mei depan.
Kepada BH Online, ibu tunggal kepada Adrian Umar itu diaju dengan
persoalan adakah benar wujud hubungan istimewa antaranya dengan Fahrin.
"Tak adalah. Mana ada bercinta. Sekadar kawan seperjuangan. Dia
rakan kerja dan pelakon senior yang bagus. Memang kawan sahajalah," kata
Izreen yang memberitahu penggambaran drama berkenaan bermula sejak
Februari lalu dan dijangka berakhir hujung April ini.
Izreen bagaimanapun mengakui senang berkawan dan berkongsi bakat dengan Fahrin.
Kata Izreen lagi, Fahrin seorang pelakon yang sangat membantunya dan menyokong antara satu sama lain.
"Dia memang kawan yang baik. Saya yakin dia memang idaman ramai
wanita di luar sana. Dengan umur, status, kedudukan dan ekonominya,
pasti ramai yang mendambakan cinta kepadanya.
"Sebagai kawan, saya mendoakan kebahagiaan untuk dia agar cepat
bertemu jodoh. Insya-Allah," kata Izreen yang juga hos Mahligai Cinta di
TV3.
Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 31
Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah dan mereka dikurniakan Umar yang lahir
pada 13 Julai 2013.
Bagaimanapun jodoh mereka berakhir pada 9 tahun Jun lalu selepas
Riza memfailkan tuntutan cerai pada 14 Mei tahun yang sama.
Kebelakangan ini, Izreen memang 'hot' dan menjadi buah mulut
peminatnya apabila dikaitkan dengan beberapa pelakon muda dan kacak
termasuk dengan Amar Baharin dan Nazrief Nazri.
Cinta Izreen Azminda dan Johan As'ari pernah mencetuskan sensasi
kerana insiden putus cinta mereka suatu ketika dulu turut menggemparkan
industri hiburan apabila takdir untuk mereka hidup bersama bernoktah
saat itu.
Malah, baru-baru ini pelakon cantik ini telah memuat naik
gambarnya sedang menyandarkan kepala ke lengan seorang jejaka yang tidak
dinamakan di dalam laman sosialnya.
0 comments:
Post a Comment