San Pedro: Seorang wanita terselamat daripada maut walaupun cedera parah selepas kepalanya ditikam dengan pisau dapur.
Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, juga mampu menceritakan serangan bekas teman lelakinya itu kepada polis. Alcileide ditemui polis di San Pedro, Sao Paolo ketika sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau masih terpacak pada keningnya.
Di sebalik kecederaan ngeri itu, Alcileide masih boleh berkomunikasi dengan lancar dan menceritakan kejadian itu kepada polis.
“Semuanya berlaku dengan pantas. Kami bertengkar dan tiba-tiba dia menikam kepala saya,” katanya.
Sementara itu polis berkata, suspek ialah seorang remaja yang pernah menjalin hubungan dengan Alcileide.
Jurucakap polis berkata, suspek dikenali sebagai Roberto Martins dos Anjos, 19. Pakar perubatan pula berkata, Alcileide bernasib baik kerana tikaman itu tidak menembusi otaknya dan luka yang dialami disifatkan sebagai “tidak dalam”
0 comments:
Post a Comment