Jakarta: Seorang nenek berusia 63 tahun yang ditahan tiga bulan lalu kerana disyaki mencuri kayu dari ladang pokok jati milik kerajaan dibebaskan dari penjara di Jawa Timur ekoran bantahan daripada orang ramai.
Asyani dihantar ke pusat tahanan polis di Situbondo, Jawa Timur pada 15 Disember lalu selepas Perhutani, agensi yang menguruskan ladang jati itu membuat laporan polis bahawa wanita tua itu mencuri 38 kayu jati dari ladangnya.
Dalam laporan itu, pegawai Perhutani mendakwa menemui kayu berkenaan di kediaman Asyani di Kampung Secangan di daerah kecil Jatibanteng, tidak jauh dari ladang itu.
Mereka mendakwa kecurian itu berlaku lima tahun lalu.
Asyani bekerja sebagai tukang urut tradisional di kampungnya. Menantunya pula tukang kayu di kampung sama.
0 comments:
Post a Comment