Tuesday, March 31, 2015

Filled Under:

HANEZ SURAAYA MANJA DENGAN ANAK ROMIE


Selepas mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha pada 14 Mac lalu di Masjid Putra, Putrajaya, pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, dilihat semakin selesa menggalas tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua anak Romie hasil dari perkahwinan sebelum ini.

Menerusi perkongsian Hanez melalui beberapa foto dan video di laman Instagram miliknya, pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant ini nyata sangat rapat dengan dua orang anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3.

Hati ini gembira melihat perkembangan positif ini. Hanez kelihatan sangat manja dan selesa bermain dan menjaga dua orang anak tirinya itu. Menerusi video perkongsian Hanez dalam laman Instagram, Hanez gemar melayan keletah anak-anak tirinya yang gemar bermain.

Katanya Hanez kelihatan sangat rapat dengan kedua-dua orang putera itu dan langsung tidak kekok melayan keletah mereka. Hanez juga diterima dengan senang oleh ahli keluarga Romie.






0 comments:

Post a Comment