Tuesday, March 31, 2015

Filled Under:

DATO' FAZLEY YAAKOB TERUJA SEDIAKAN JUADAH ISTIMEWA ISTANA JOHOR


Penyanyi dan juga chef popular Dato’ Fazley Yaakob dberi tanggungjawab yang besar oleh Istana Johor untuk menyediakan juadah manisan untuk para tetamu sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor baru-baru ini. 

Dato’ Fazley bersama mentornya Chef Jo menyediakan berates-ratus biji ‘Macorons’ yang turut dibantu oleh chef-chef yang lain untuk jemputan di raja.

Kita dapat lihat kesungguhan beliau di dapur apabila gambar-gambar persediaan manisan itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya.

Beliau juga turut teruja dan bersyukur untuk terlibat sama dalam penyediaan kulinari di acara yang penuh gilang gemilang.

Dato’ Fazley begitu semangat sekali di dapur walaupun dengan perasaan yang agak gementar, kepercayaan yang diberikan digalas dengan baik, syabas dan tahniah untuknya!!









0 comments:

Post a Comment