Kemalangan yang dialami oleh Awal Ashaari baru-baru ini memang cukup
mengerikan. Kalau melihat keadaan kereta, pasti ramai yang menyangka
penumpang/pemandu di dalamnya cedera parah.
Namun Alhamdulillah, Awal
Ashaari dan rakannya sekadar cedera ringan. Memang satu keajaiban
sungguh. Syukur sangat Awal Ashaari masih dipanjangkan usia dan paling
penting, tidak membawa anaknya, Lara Alana ketika itu.
Apabila musibah menimpa diri, pastinya ia memberi kita kesempatan
untuk muhasabah diri. Kalau selama ini kita ambil mudah sesuatu perkara,
mungkin kemalangan adalah cara Allah mengingatkan kita, memberikan kita
amaran dan menyedarkan kita sebelum terpesong jauh. Abang Nara tertarik
dengan kata-kata Awal Ashaari. Memang boleh dijadikan panduan untuk
kita. Kata Awal:-
Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki. Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu ‘menyampaikan’ sesuatu.
0 comments:
Post a Comment