Menjalani kehidupan sebagai selebriti dan menjadi antara pasangan yang
popular di tanah air pastinya pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose
dihimpit pelbagai gosip dan kontroversi. Ingin mengelakkan diri daripada
perkara tersebut, Qi bakal mengikat tali pertunangan dengan Nelydia
tidak lama sahaja lagi.
Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu.
Sudah bercinta lebih dua tahun lamanya, Qi yang mengakui belum
mempunyai rencana khusus untuk berkahwin berkata, keputusan ini
sekurang-kurangnya akan mendekatkan dirinya untuk mendirikan rumah
tanggan dan sekaligus melangkah satu tapak ke fasa seterusnya dalam
perhubungan mereka.
Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia. Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.
Pertunangan Qi Razali dan Nelydia Senrose sudah lama dinantikan oleh peminat. Tambahan pula, Qi boleh dikatakan sudah berumur dan sudah boleh menjadi seorang ketua keluarga. Iyalah, mungkin sahaja Nelydia tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, tetapi hati wanita mana yang tidak menginginkan sesebuah hubungan itu beakhir ke jinjang pelamin?
0 comments:
Post a Comment